IT'S MY BLOG.... IT'S MY STORY.... IT'S MY FEELING....

Orang nak mengata ke.... orang nak mengeji ke..... orang nak mengumpat ke.... ada aku kisah ? Yang dapat free seat to hell sapa ? mereka2 la kan ? Still i am thankful and blessed to have never-give up-families and true friends surrounding me.... and my FAITH to keep me alive and ongoing....



Lilypie Angel and Memorial tickers
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SUZANNE DeCHARMOY MAASALAMAH 11/28/2008 10:02:00 AM

Assalamualaikum. Sue adalah HOD Physiotheraphy for over 6 years. Semalam
maasalamah party untuk Sue yang akan menamatkan perkhidmatan
beliau kira2 seminggu lagi. All the best Sue for upcoming future.



























MAASALAMAH YA HABIBTI... 11/23/2008 04:08:00 PM















Assalamualaikum. Hari ni bertugas malam. Datang awal ke CICU coz ada maasalamah party Emmy.

WANITA OH WANITA 11/17/2008 11:03:00 AM

Saadiah Ahmad Daud merupakan pengarah wanita Melayu pertama di Malaysia dengan filem bertajuk Ceritaku Ceritamu pada tahun 1980.

Puan Nurdziah Muhammad Nur merupakan wanita Asia pertama terjun di Kutub Utara pada 21 April 1998.

M. Rajamani (pelari pecut) merupakan wanita pertama menerima anugerah Olahragawati Kebangsaan (1966) dan wanita pertama menyertai Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun (1964) dalam acara 400 m dan 800 m.

Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir merupakan wanita Asia pertama yang berjaya merentasi Kutub Utara dan Kutub Selatan (April 2007).

Dato' Siti Norma bt Yaakob merupakan Hakim wanita pertama Malaysia (dilantik pada tahun 1988).

Tun Tan Sri Dr. Fatimah Hashim merupakan Menteri Kabinet wanita yang pertama, memegang jawatan Menteri Kebajikan Am dari 20 Mei 1969 hingga Februari 1973.

Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar bt Ungku Abdul Aziz merupakan wanita pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia pada 1 Mei 2000.

Datuk Rafiah Salim merupakan wanita pertama dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya pada tahun 2006.

Kol. Dr. Roshidah Ishak wanita pertama dilantik sebagai Brigadier Jeneral pada Mac 2007 dalam Angkatan Tentera Darat.

Lt. Kol. Norhuda bt Ahmad merupakan Pegawai wanita pertama Kor Risik Diraja yang dinaikkan pangkat ke Kolonel dalam Angkatan Tentera Darat pada Mac 2007.

Datuk Nooryah Md. Anvar merupakan pegawai polis wanita pertama dilantik sebagai Ketua Trafik Bukit Aman pada tahun 2006.

Illyaquila Fateen Ismail (19 tahun) merupakan kadet wanita pertama mendapat lesen Airline Transport Pilot Licence (ATPL) dari Akademi Penerbangan HM Aerospace Langkawi pada tahun 2007.

Hendon Hj Mohamed merupakan wanita pertama dilantik sebagai Presiden Badan Peguam Malaysia pada sesi 1995/96.

Marina Ahmad, penolong penerbit RTM (26 tahun) merupakan wanita pertama Malaysia berjaya ke puncak Everest pada Mei 2007.

Tan Sri Aishah Ghani merupakan senator wanita pertama yang dilantik pada tahun 1963.

Maha Sukkar (wanita kelahiran Lubnan) merupakan anggota polis wanita bertudung pertama di Australia.

Shirin Ebadi (hakim, guru, penulis dan aktivis hak asasi manusia dari Iran) merupakan wanita muslim pertama meraih Anugerah Nobel (Perdamaian) pada tahun 2003.

Jerrie Cobb merupakan angkasawan wanita yang pertama (tahun 1959).

Maharani Wu Chao merupakan wanita pertama memerintah Negara China pada era Dinasti Tang (tahun 690).

Amelia Earheart merupakan juruterbang wanita pertama melakukan penerbangan solo merentas Lautan Atlantik pada 20 Mei 1932. Beliau hilang semasa dalam penerbangan mengelilingi dunia pada tahun 1937.

Ada Byron Lovelace (ahli Matematik dan pemuzik berbangsa British) merupakan wanita pertama sebagai 'programmer' komputer (1850-an). Perisian yang dicetuskannya hanya dikembangkan pada tahun 1979.

Valentina Tereshkova merupakan angkasawan wanita pertama yang melakukan penerbangan solo ke angkasa lepas dengan kapal Vostok 6 pada 13 Jun 1963

WINTER SONATA DATANG LAGI 11/16/2008 09:05:00 AM

Masjid Al-Fateh Bahrain



Assalamualaikum. Bermalas malasan dirumah memang best.

Baru lepas breakfast, ala inggeris kwang kwang kwang, masuk baju bajuan dalam mesin, tengok Tyra Bank Show kejap, kembali ke katil mengadap lappy. Musim dingin datang menjengah lagi buat kesekian kalinya.

Hubby kata dia kerugian tak dapat rasa. Aku jawab kalau nak betul2 rasa winter baik ke negara yang ada salji haa tu baru winter, ini setakat angin kering dan kejatuhan suhu takde makna apa2, dok dalam bilik air-cond pon sejuk hahahhahahahah.....





Bulan depan Aidil Adha. Off raya 2 hari, tak ada apa special mungkin pegi Masjid Al-Fateh ngan Nagwa for solat raya, then balik rumah tido hahahhahaha.

SEPETANG DI KOPITIAM BERSAMA THE ROBIN CROOK'S..... 11/13/2008 04:13:00 PM























Assalamualaikum. Alhamdulillah aku dah selamat kembali ke Bahrain dengan selamat walaupon extremely exhausted sebab hari aku nak terbang tu aku mengalami gangguan pencernaan memang lembik so semlm and hari ni memang aku tido sakan..... rejuvenate.

Hari ni keje malam tah kena pos kat mana aku pon malas nak ambik tau lantak lah janji datang keje. Seperti biasa khamis jumaat sabtu takde op jadi aku dah dapat agak la mana aku akan diPOS. Harap 3 bulan akan cepat berlalu. Aku dah mindset nak back for good tahun depan so setat sekarang ni dah takde mood nak keje, bukan saja keje nak buat apa2 pon kat sini memang takde mood.

Anyway cuti aku yang lepas ni aku puas hati coz aku dapat buat bende2 yang berfaedah. Dapat pi 2nd honeymoon, dapat lepak2 ngan Babe and nasik tambah Chik An (jangan marah haaaaa), dapat attend engagement my lil bro kira aku puas hati je la.... opss cuma satu plan nak cari rumah tu terbengkalai sikit, tapi tak apa insyaallah seperti yang dirancang bulan 3 ni aku balik for my lil bro's wedding sambil2 tu nak settle pasal rumah ni so ada lah plan nyaaaa......