IT'S MY BLOG.... IT'S MY STORY.... IT'S MY FEELING....

Orang nak mengata ke.... orang nak mengeji ke..... orang nak mengumpat ke.... ada aku kisah ? Yang dapat free seat to hell sapa ? mereka2 la kan ? Still i am thankful and blessed to have never-give up-families and true friends surrounding me.... and my FAITH to keep me alive and ongoing....



Lilypie Angel and Memorial tickers
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
MACAM MACAM KISAH........ 8/08/2008 11:18:00 PM

Berjimat boleh membawa nahas - Minyak mahal dikhuatiri tingkatkan kes kemalangan motosikal
Oleh ASRON
MUSTAPHAmohdasron@kosmo.com.my

PUTRAJAYA – Jumlah kematian akibat nahas membabitkan motosikal dalam masa enam bulan pertama tahun ini bertambah 12 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, namun apa yang dikhuatiri peningkatan itu dijangka lebih ketara selepas ini.
Kebimbangan ini disebabkan lebih ramai orang mahu menjimatkan duit minyak selain tidak perlu membayar tol dengan menaiki motosikal. Berdasarkan rekod Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), korban nahas jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal dalam masa enam bulan tahun ini ialah 1,939 berbanding 1,728 bagi tempoh yang sama tahun lalu. Ketua Pengarah JKJR, Datuk Suret Singh berkata, pertambahan motosikal di jalan raya akan mendedahkan lebih ramai penunggang dan pembonceng kepada nahas. “Senario ini sangat membimbangkan kerana masyarakat terutamanya yang berpendapatan rendah lebih berminat menggunakan motosikal berbanding pengangkutan awam yang jauh lebih selamat,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Assalamualaikum. Merujuk keratan berita tu especially yang bahagian highlited tu, apa kita nak buat sekarang, itu salah ini salah, serba tak kena. Isu kenaikan harga petrol baru2 ni adakah pemimpin dah kaji terlebih dahulu impaknya kepada rakyat. Kalau minyak mahal tak kan kita nak dok tunggu duit or minyak datang melayang dari langit? Sudah tentu la kita akan pikir alternatif yang terbaik kan? Seperti yang pernah aku kata golongan pertengahan membawa kepada golongan miskin, daif akan makin susah, yang kaya bertambah kaya. Inilah maksudnya. Kalau dah minyak mahal tak kan nak kesana sini pakai kereta, sudah tentu kita akan pakai motor yang lebih jimat nak pakai basikal tak praktikal la pulak bayangkan nak pegi ke Chow Kit dari Greenwood may be malam dah kena start kayuh. Ishhhhh...... Kalau nak pikir aspek keselamatan je, tu anak kat umah sapa nak bagi makan? sapa nak tanggung pelajaran? masa depan sapa nak tolong pikir? Sapa nak bagi nafkah? Sapa nak jawab bil? Sapa nak bayar cukai? Kerajaan ke ?

1 ekspresi anda..:

Farie N. said...

waahh..da bule join along da ni, along kat ckp dia nk msuk btanding.hehe..

Post a Comment