IT'S MY BLOG.... IT'S MY STORY.... IT'S MY FEELING....

Orang nak mengata ke.... orang nak mengeji ke..... orang nak mengumpat ke.... ada aku kisah ? Yang dapat free seat to hell sapa ? mereka2 la kan ? Still i am thankful and blessed to have never-give up-families and true friends surrounding me.... and my FAITH to keep me alive and ongoing....



Lilypie Angel and Memorial tickers
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
NEGARAAAAKUUUUUUUUUU.... TANAH TUMPAH NYE DARAHKUUUUUUU 9/29/2008 10:58:00 PM

Assalamualaikum. Maka ini dengan penuh kembang lubang idong aku 360 3/4 degree menulis blog dari Malaysia yeaaaaaaaaaaaaaaa...... ektiviti aku hanyalah merendek sekitar jalan TAR rindu nyeeeeeeee.... makan kopok lekor seronot nyeeeeeeeee...... makan ikan bakar best nyeeeeeeee..... and paling best dating ngan hubby yesss my hunny bunch. Tadi pengumuman raya so 1 syawal jatuh pada 1hb 10 2008. Baju raya sedondon heheheheeee 1st time gitu coz last year kita raya separate. Aku kat Bahrain hubby kat Msia. Duit raya dah siap2 tukar, Kuih raya tak de hehehehehee mom-in-law dah buat aku cuma tolong dia bakar kek je. Fuuuhhhh punyalah azab... 5 bijik kek dapat gak aku abiskan dah sengal, mengantuk, panas bahang oven, sakit tangan n sakit badan. Apa nak buat. Susah jadi menantu ni upernyer. Eniway 1st raya after solat raya aku akan bertolak balik ke Lanchang. Kalau boleh malam raya aku nak balik dah, mak mesti tertunggu-tunggu dah 8 bulan tak jumpa, aku paham perasaan ibu walau dia tak tunjuk tapi aku tau dia memang harap sangat nak jumpa aku secepat mungkin. Mom i'm so sorry. Bagi aku raya tak lengkap selagi aku tak bersama2 dengan mak pada pagi 1 syawal n i will make sure next Syawal aku akan raya dengan mak. Aku rindu kuah kacang mak, aku rindu rendang mak, aku rindu senyuman mak, aku rindu masakan mak aku rindu segala galanya tentang mak............................. I LUV U MAK SOOOOO DAMN MUCH........

JUMPA DI MALAYSIA ESOK.......... 9/26/2008 03:42:00 PM

9/24/2008 08:32:00 AM


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteripun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku biladah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

MALAYSIA HERE I COME............. 9/22/2008 03:31:00 PM

PASSPORT YANG PALING PENTING


KEDUA GATE PASS KALU TAKDE MENANGIS AIRMATA

DARAH MAMPOS TAK LEPAS


RE-NTRY KALU TAKDE DR BADRAN (HOSPITAL DIRECTOR)

KENA DATANG JEMPUT AKU KAT AIRPORT WAKAKAKAKAAA


AND LAST BUT NOT LEAST TEKET LEEEEE SEDANGKAN

TONGKANG PON ADA TEKET MAAA..... WAKAKAKAKAKA...

Balik kampung countdown.......... 9/20/2008 05:33:00 PM


Lately takde entry sangat. Bz memikirkan nak balik kampung. Bz memikirkan ole2. Bz mencari barang dalam kotak. Bz packing yang tak sudah sudah. Malaysia here i come yahuuuu yabedabeduuuuuuuuuuuu.............................. insyaallah akan selamat sampai.

Nancy Ajram 9/18/2008 01:29:00 AM


Inilah penyanyi tanah Arab yang aku minat. Nancy Ajram gadis kelahiran Lubnan. Suara memang best lunak merdu, lawa, walau hakikatnya kecantikan dia adalah plastik tapi aku tak peduli. Nancy adalah mangsa bagi aku. Why? coz dia tak ada rupa, memang tak lawa before dia buat plastic surgery tapi dia ada suara. Jadi untuk setanding dengan Haifa Wehbi yang sore macam itik tapi seksi and lawa gila tak salah dia buat surgery to survive in the industry. Lagipon dia ni kristian so tak ada halal haram dalam plastic surgery in her dictionary. ANA AHABBAK YA NANCY........
Nationality: Lebanese
Place of Birth: Lebanon
Date of Birth: 16th of May, 1983
Parents: Nabil and Rimonda Ajram
Age: 21 years
Zodiac: Taurus
Height: 168cm
Weight: 50kg
Hair color: Brown / Red
Eyes: Blue
Education: Radio - TV
Nancy's Favorite Hobbies: Cooking & swimming
Places to be: Italy & Turkey
Song: Nadeyt (Abass Ibrahim)
Singer: Fadel Chaker
Movie: Khali balak min Zouzou
Actor: Majida & Julia Roberts
Color: Blue
Food: Loubieh w riz
Book: Savoir vivre
Pet: Puppy
Candy: Cote d'or
Drink: Avocado juice
Season: Spring
Perfume: Poison (Christian Dior)
Possession: My home
What does she hate? Lying
What does she like? Liberty
Cartoon as a child: Tom & Jerry
Person to work with: Gigi Lamara
Aspect of her personality: Sense of humor
Childhood memory: Answering the history teacher with a song
Person she most admires: Her mother
What makes her laugh? Imitating me
What makes her cry? When someone needs something and can't have it
What does she like in men? Smart, generous, strong willed
What does she hate in men? Penny pinching, weak willed
First thing she notices in a man: Shoes and watch

BOOT KU BERWARNA CEKELAT whihihi...... 9/08/2008 03:32:00 PM


Aan ni ler kasut tu.... Boot sebenarnya... i lap wearin' boot whihihihihihiiiii......

ONCE UPON A TIME.............. 9/07/2008 12:08:00 PM












Assalamualaikum. Hihihi pixies dah letak awal2 tapi entry kosong coz aku terkena serangan penyakit yang biasa MALAS. Eniway masa ni Raya Haji tahun lepas Babe datang time tu we all dah ting tong tahap tenuk bosan, rindu, stress, macam2 lagi masaalah. Dapat lah luang masa jalan2 sekitar Bahrain yang kontot dan kentot ni.... masa jenjalan tu yang heran nye babe seko ni asal naik keta je membuter asal naik keta je membuter, ngantok benor la sangat matanya padahal kat umah dah membuter sakan. Aku dok bebel2 sedar2 aku ngan Mohamad (tokey keta yg we all chartered tu) je membebel sesama sendiri tssstttt tsstttt tsttttt........ apa penyakit daaaaa.......

SELAMAT IFTAR............ 9/04/2008 02:20:00 PM





Assalamualaikum. Hari ni aku terajin la pulak kat dapur. So dalam dok kemas2 tu terjumpa yis. Dengan berbekalkan semangat Chef Wan aku pon membuat eksperimen yang nasib baik berjaya. Kudap2 berbuka hari ni Berger Mini Malaysia (walaupon pada hakikat aku sebenarnya tak poser, tapi takpe la ambik berkat gituuuuu....)

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أفْطَرْتُ ذَهَبَ الظَّمَاءُ
وَابْتَلَّتْ العُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأجْرُ إنْ شَاءَ اللهُ

Allahumma laka sumtu wa ‘alaa rizqika afthartu dzahabadzamaa u wabtalatil ‘uruuqu watsabatal ajru insyaa Allah


Ya Allah, Aku berpuasa hanya untuk-­Mu dan dengan rizki-Mu aku berbuka. Hilanglah rasa dahaga, tenggorakan menjadi basah, semoga pahala ditetapkan, insya Allah

p/s doa ni yang sahih dilafaz oleh rasullallah s.w

KALA MALAM BULAN MENGAMBANG 9/03/2008 04:42:00 PM

Assalamualaikum. Semalam tengah tunggu bas nak pegi keja aku terbodoh sekejap. Bodoh sebab sorang2 je takde orang lain keje malam. Dah lama tu baru muncul Sonora cik pilip. Dalam pada temanggu manggu tu aku snap la gambar flat tatkala malam. Korang perasan tak tajuk entri tu. Tak tau la kenapa bunyi dia eary, goosebump, saspen semacam je, padahal kalau sebut dalam bahasa omputih nyer FULL MOON takde pulak rasa apa2.






Eniway malam tadi aku regular duty kat CCU. Macam biasa la aku taw nyer kena jaga sapa. Tak lain tak bukan makcik Muneera tu. Sian orang tua ni. Gemok gedempol sehinggakan dah 73 ari post op tak abis2 respiratory problem. Pasal apa? pasal morbid obesity yang teramat. Bayangkan perut boroi teramat sangat dalam keadaan duduk atau baring.... cemana nak napas?



Inilah keje aku. Hina, busuk, low class, kampong, leceh, tak glemer, tak class, last choice coz tak dapat masuk IPT (dalam kata lain untuk orang yang tak pass SPM and bodoh) low mentality, dignity-less, boleh buat ikut telunjuk, kasar, garang, membahayakan, selalu salah bagi ubat, itu je selalunya pandangan orang ramai. Tapi hakikatnya jururawat sekarang adalah satu profesyen yang high demand mana2 saja di dunia ni. Menyediakan peluang menimba ilmu hingga ke peringkat PHD. Memerlukan ketekunan, kesabaran, pengorbanan, akal yang tajam dan banyak mengajar tentang erti kehidupan. Wallahualambissawab.........


Sebut betul2 jangan sampai salah sebut jururawat bukan jerawat

Ni lah tempat aku mencari rezeki halal selama 2 tahun ni. Bahawasanya aku bangga aku bergelar JURURAWAT BERDAFTAR sedar tak sedar hampir 10 tahun lamanya..........

BALIK KAMPONG YAHUUUUUU.... YABEDABEDUUUUU..... 9/02/2008 05:11:00 PM

KIRA KIRA 26 HARI LAGI AKU AKAN SELAMAT SAMPAI KE TANAH AIR MERAYAKAN MINGGU TERAKHIR RAMADHAN DAN MERAIKAN KEMUNCULAN SATU SYAWAL BERSAMA SAMA KELUARGA TERCINTA. SALAM DARI KEJAUHAN....... SALAM RAMADHAN..........