RASA | 6/19/2009 11:01:00 PM |
Filed under:
|
Assalamualaikum. Syukur 2 malam dah selesai phewww 2 malam yang quite though. Mentally penat. Hari ni aku belingkar atas katil je. Try to regain myself back of those tiring duties. Dalam2 aku merempit ke blog2 lain tetibe terberangan la pulak. Kisah nya bukan apa sangat. Aku terkenang jaman2 sekolah menengah dolu2.
When i look back into those memoir kan aku tegelak jap. Ye la kan time2 remaja tu la tengah merenyam kan ? Memasing teringin nak jadi pemes kat sekolah memasing. Termasuk lah aku.
Then dolu2 tu aku selalu tertanya2 why aku tak pemes ek kat sekolah. Tak de pon gosip2 liar, tak de sapa pon kenal aku melainkan rakan satu kelas, tak de pon secret admirers yang nak antar surat ke, mungkin kah aku tak cukup cute ? tak cukup cun mahupun malatop ?
Then dolu2 tu aku selalu tertanya2 why aku tak pemes ek kat sekolah. Tak de pon gosip2 liar, tak de sapa pon kenal aku melainkan rakan satu kelas, tak de pon secret admirers yang nak antar surat ke, mungkin kah aku tak cukup cute ? tak cukup cun mahupun malatop ?
Kalau banding kan aku dengan budak2 glemer kat sekolah aku tu rasa nya aku ni dalam kategori cute la jugak kan ? cewahhh tapi tu la tak glemer langsung. Kalau mesyuarat agung mana2 kelab tu satu hapah pencalonan pon tak dapat, usah kan mimpi nak tercalon jadi pengerusi, jadi AJK pon maybe 1000 tahun lagi.
Mamat2 poyo yang ensem2 cute2 kat sekolah aku tu pon bila melintas usah kan nak pandang aku jeling pon haram. Kadang2 tu aku ada jugak memikir kan strategi2 bernas untuk jadi pemes ni tapi tu lah selalu jadi jalan buntu. Bila aku tengok kawan2 rapat aku seko2 semua nya sama macam aku kategori pathetic.
Boypren ? fuhhh punyalah teringin. Kalau dalam bas sekolah tu selalu dengar minah2 so called yang glemer ni bercerita pasal BF memasing. Mula lah terbayang uishh best nyer kalau dapat BF seko macam diorang2 ni. Boleh ? Add another 1000 lagi pon tak mungkin.
Tapi sekarang yang buat aku tergelak nya bukan apa. Minah2 yang dulu nya glemer habis tu sekarang tak jadi apa pon. Dok kelek anak 3 4 orang, dressing dah macam makcik umor 50 tahun and masih kat kampong. Glemer yang dulu tu lebih kepada social glamour not academically. Now glemer dah entah kemana ilang dah. Mereka2 ni kalau kita bercerita pasal MNG, Mark n Spenser, Zara, Promod, Sephora, Givenchy, LV, Juicy Couture, Miss Sixty, Christian Lacroix memang 1000000 % diorang tak tau. Sapa yang pathetic ? Aku atau mereka ?
Ishhh i'm not here to judge them tak baikkk. Satu je yang pasti (aku rasa la) diorang2 ni bahagia dengan kehidupan berkeluarga diorang tu walaupon diorang2 ni tak tahu apa itu Liz Clairborne.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ekspresi anda..:
Post a Comment