IT'S MY BLOG.... IT'S MY STORY.... IT'S MY FEELING....

Orang nak mengata ke.... orang nak mengeji ke..... orang nak mengumpat ke.... ada aku kisah ? Yang dapat free seat to hell sapa ? mereka2 la kan ? Still i am thankful and blessed to have never-give up-families and true friends surrounding me.... and my FAITH to keep me alive and ongoing....



Lilypie Angel and Memorial tickers
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
APA DAH JADI LABU........ 7/06/2008 03:15:00 PM

Anwar 'tukang lapor' kepada AS
KUALA LUMPUR 2 Julai - Campur tangan terbaru Amerika Syarikat (AS) yang menentang sebarang penyiasatan atau pendakwaan bermotifkan politik terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas membuktikan Penasihat Parti Keadilan Pakyat (PKR) itu adalah 'tukang lapor' kepada kuasa besar itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, sikap Anwar yang cepat mengelabah untuk memberitahu AS membuktikan beliau tidak layak untuk memimpin negara ini kerana seorang yang tidak bebas.
''Anwar ini dia tukang lapor kepada AS, tiap-tiap kali ada apa-apa (berlaku) dia lapor. Saya fikir hendak jadi pemimpin di dalam negara kita, dia mesti bebas bertindak untuk negara kita, tidak payah lapor kepada negara luar.
''Buat apa meminta petunjuk dari luar negara, kita kena dapat petunjuk daripada rakyat kita dan mengikut sistem dan proses kita kerana ini lebih baik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Kelmarin jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey memberitahu, AS menentang sebarang penyiasatan atau pendakwaan bermotifkan politik terhadap Anwar.
Casey menegaskan, AS berpendapat bahawa perkara utama ialah undang- undang perlu dilaksanakan tetapi tidak boleh di bawah tekanan politik.
AS, katanya, menentang sebarang tindakan pendakwaan atau prosedur kehakiman selain daripada tindakan undang-undang yang sah.
Satu laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini Sabtu lalu oleh pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, yang menuduh beliau meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lalu.
Syed Hamid juga kesal dengan sikap Anwar yang cuba mempolitikkan laporan berkenaan kerana ia boleh menjejaskan siasatan yang dilakukan oleh pihak polis.
''Ini bukan soal politik, ini soal siasatan kerana ada laporan polis. Orang politik atau kenamaan, mereka semua tidak terkecuali daripada disiasat dan tertakluk kepada undang-undang negara," katanya.
Mengenai tindakan terbaru AS itu, Syed Hamid berkata, negara berkenaan tidak harus campur tangan membabitkan kes yang disiasat dalam sistem perundangan tempatan kerana mereka sebenarnya tidak mengetahui fakta sebenar.
''AS juga tidak mempunyai hak untuk mencampuri hal ehwal dalaman kerana kes ini masih di peringkat siasatan dan bukan satu peringkat di mana sudah ada keputusan untuk pendakwaan.
''Di negara itu pun, bermacam-macam jenayah yang berlaku dan pihak berkuasanya pun boleh buat siasatan, jadi pasal apa dia nak masuk campur dalam negara kita," tegasnya.
Ditanya adakah Malaysia berasa terancam dengan kenyataan jurucakap Jabatan Negara AS itu, Syed Hamid menegaskan, kerajaan tidak berasa terancam kerana telah mengikut segala peraturan undang-undang yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.
''AS memang selalu cuba memberi amaran kepada negara kecil dan bagi saya adalah terlalu awal kepada kerajaan asing untuk bertindak sedemikian kerana ia bukan kes pembunuhan seperti yang berlaku di Pakistan dan Lebanon.
''Ia adalah kes tempatan yang melibatkan dakwaan yang belum dapat disahkan, jadi biarlah polis menjalankan siasatan dan kita tidak wajar membuat apa-apa kesimpulan," ujarnya.

0 ekspresi anda..:

Post a Comment