Keluhan yang mungkin tidak akan dipeduli | 5/13/2008 09:40:00 PM |
Filed under:
|
Assalamualaikum.... hari ni ada terbaca blog seorang teman. Katanya kerjaya jururawat tidak pernah dipandang mulia semulia kerjaya guru. Aku setuju, berdasarkan pengalaman yang hampir 10 tahun mengabdikan diri menjaga pesakit kalau ada kaum keluarga yang mengucapkan terima kasih pun boleh dibilang dengan jari. Tak apa kami bukan mengharapkan balasan di bumi, kami mengharapkan balasan di Sana. pekikan yang selalu didengar : nurse mak dah berak tolong cuci, nurse bapak dah muntah tolong cuci, nasib baik lah ada juga perkataan TOLONG tu makna nya manusia ni masih ada perasaan jugalah terhadap kami ni. Kadang kadang hati ni ada juga terdetik adakah saudara kepada si polan ni akan menjaga mereka sebaik kami? ntah... aku tak pernah pilih kasih dalam merawat pesakit tak kira umur, bangsa mahupun agama. Pernah suatu ketika seorang teman diludah oleh pesakit beliau ketika mencuci luka di kaki tapi teman ku tetap melayan dengan penuh sabar. Dulu aku sentiasa berharap agar satu masa masyarakat akan mula sedar betapa mulia nya jururawat tapi sekarang hahahaha aku tak mahu bermimpi lagi, sama ada dipandang mulia atau tidak aku berserah kepada tuhan kerana aku tahu kami para jururawat adalah mulia di sisiNya itu sudah cukup.
Teringat beberapa bulan yang lalu ketika di tanah air. Aku menghadiri kenduri di kawasan berhampiran rumah mertuaku. Habis menjamah hidangan seperti biasa suami ku akan lari ke satu sudut untuk merokok (yes my hubby is a smoker) dikalangan perokok perokok yang sedang enak menyedut nikotin dan juga tar adalah sahabat suamiku dan dengan pandangan sinis beliau berkata " kenapa lari sini? itulah siapa suruh kahwin dengan Nurse?" Luluh juga hati mendengar tapi tak apa lah mulut mereka yang letih aku tetap begini, tak tumbuh kudis pon.
Buat pengetehuan semua kalau doktor ada MEDICAL DIAGNOSIS kami jururawat pun ada NURSING DIAGNOSIS. Jangan ingat 3 tahun kami bertungkus lumus di kolej hanya untuk belajar mencuci najis dan airkencing sahaja. Kami juga belajar ANATOMY, PHYSIOLOGY, PHARMACOLOGY, MEDICAL, SURGICAL, PSYCHOLOGY, OBSTETRIC, GYNAECOLOGY, PEDIATRIC, EMERGENCY, PSYCHIATRIC, OPTHALMOLOGY, OTORHINOLARINGOLOGY, PARASITOLOGY, MICROBIOLOGY, INTENSIVE NURSING, LEADERSHIP, ETHICS, ENVIRONMENTAL HEALTH, STATISTIC dan macam macam lagi aku pon dah tak ingat semua subjek.
Syukurlah dengan hanya tittle jururawat terlatih aku merasa juga berkhidmat diluar negara dengan bayaran 5 angka. Siapa sangka jururawat boleh dapat bayaran 5 angka? gila lah orang yang percaya. Tak apa tuhan maha mengetahui.
0 ekspresi anda..:
Post a Comment