IT'S MY BLOG.... IT'S MY STORY.... IT'S MY FEELING....

Orang nak mengata ke.... orang nak mengeji ke..... orang nak mengumpat ke.... ada aku kisah ? Yang dapat free seat to hell sapa ? mereka2 la kan ? Still i am thankful and blessed to have never-give up-families and true friends surrounding me.... and my FAITH to keep me alive and ongoing....



Lilypie Angel and Memorial tickers
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
WELL WELL WELLLLLL 12/31/2008 08:57:00 PM

Assalamualaikum. Today aku kat CCU. Bizi giler nak tecabut kaki aku ke hulu ke hilir. Tapi tak pe berkat orang2 yang bersabar ada ganjaran nya. Tak lama jeee kejap je tuhan dah kasi. Patient kasi aku 5 dinar ngan cokelat Patchi hehehe............
.
.
.
sambung...
.
Okeh tadi masa menaip tetiber aku mengantuk giler. Now kol 3.46 pagi tetiber terjaga dah tu segar bugar lak mata, subuh lambat lagi coz winter siang lambat. Selamat tahun baru 2009. Aku takde la teruja sangat nak celebrate coz
.
.
1. Aku keje, so takde semangat
.
2. Aku jenis tak tunggu tahun baru nak berazam2 ni, pantang terasa nak berazam je aku terus on
.
3. Selama 10 tahun aku dok Kl tak penah pon aku pegi Dataran Merdeka countdown, betullll tak tipu wallahhhh...
.
4. Tak perlulah beria2 celebrate macam mat saleh nun. Tido pon kira celebrate gak kan? hahahaha
.
.
Cuma aku harap tahun 1430 @ 2009 ni akan membawa lebih berkat dan kebahagiaan (macam hubby kata semalam) Sedar tak sedar umor dah tambah setahun lagi. Rasa macam baru semalam masuk 26 tahun hahahaha......
.
.
.
.
HAPPY NEW YEAR AND MANY HAPPY RETURN.....

TSKKK.... TSKKK.... TSKK... 12/30/2008 10:38:00 PM

Assalamualaikum.
Aku rasa tak ada lagi blog mengecam dan menghina agama lain selain islam ditulis setakat ni. Kalau ada wallahualam bissawab mungkin aku terlepas pandang.
Tapi sejak akhir2 ni atau mungkin juga dah lama awal2 dulu lagi blog2 menghina agama islam semakin berleluasa.
Aku positive tak rasa blog ini ditulis oleh orang islam khususnya MELAYU.
Kalau nak kata si empunya blog tu murtad pon, setakat ini rata2 mana2 muslim yang murtad dia akan mendakwah agama baru yang dia anut tu instead memaki hamun menghina islam.
Jadi sudah terang lagikan bersuluh ini adalah perbuatan orang2 kapir laknatullah.
Dan ternyata islam masih utuh kerana blog2 sedemikian rupa telah mendapat perhatian dan dibanned selama lamanya.
Ternyata umat islam (tak semestinya melayu sahaja) pantang dicabar.
Ternyata umat islam tak tidor.
Allahuakhbar.

KAD 12/29/2008 09:02:00 AM

Assalamualaikum.
First time hubby bagi kad.
Masa tu nak raya tahun 2006.
Time tu masih lagi tunang2an.
I really appreciate it.
Till now aku tampal kat cermin.
So that hari2 nampak.

(tapi isi kandungan kad tu kelakar, sori ekk sayang memang kelakar.)

SALAM MAAL HIJRAH

1430

KISAH ABAYA 12/28/2008 05:29:00 PM

Assalamualaikum.
Aku suka abaya.
Pagi tadi balik keje terus pegi bank
Dengan pijama aku terus sarung abaya on top.
Cumi ngan spentot pon tak pakai.
Sarung hijab.
Tempek bedak sikit.
Terus jalan.
Memang senang banget.
Takde sapa tau whats going on inside hahaha.
Habis bank.
Beli kanta lekap.
Balik.
Tido.
Alaaahhhh dah fresh2 mata tak boleh lelap.
Aku cuba je pejam.

SURAT UNTUK BABE 12/27/2008 11:55:00 AM

Assalamualaikum..........

Ko tau tak Babe kita dah lama kawan

Ko tau tak Babe aku rindu ko sama macam aku rindu keluarga aku

Ko tau tak Babe aku rindukan masa2 kita kat Brunei

Ko tau tak Babe aku rindukan Mee Kari ko

Ko tau tak Babe aku rindukan GRINDING ko

Ko tau tak Babe aku teringat time kita mendaki Bukit Syahbandar

Ko tau tak Babe aku rindukan CD Desperate Housewives ko

Ko tau tak Babe sup tulang ko paling menawan hati aku

Ko tau tak Babe aku hutang ko banyak perkara

Ko tau tak Babe budak Grandeur tu memang jeles kan kita

Ko tau tak Babe katak juga makhluk tuhan

Ko tau tak Babe aku paling rindukan masa2 kita 'weaving keputat'

Ko tau tak Babe aku paling suka ko sumbat aku dengan makanan

Ko tau tak Babe my mom in-law suka kat ko

Ko tau tak Babe UJANG adalah FAHRI

Ko tau tak Babe MARIA gadis Mesir tu kesian betul

Ko tau tak Babe aku akan simpan subang tu baik2

Ko tau tak Babe aku nak pegi Hong Kong

Ko tau tak Babe aku mungkin tak dapat pegi Europe this coming 2010

Ko tau tak Babe aku tengah lapar

Ko tau tak Babe semalam foggy teruk

Ko tau tak Babe SMDB musuh dengan SMKM

Ko tau tak Babe aku pon nak pasang Brasess

Ko tau tak Babe gaji dah keluar

Ko tau tak Babe aku suka Cik Siti Mariam

Ko tau tak Babe aku senang banget ama Mr Carrot




and this is a tag entry

BEST NYE TIDO 12/26/2008 05:04:00 PM

Assalamualaikum.
Pagi tadi masa handing over report to Maggie aku tanya dia

'Hows the weather outside?'

Maggie jawab:

"Its foggy outside'

Aku ingat macam tahun2 yang lepas yang aku penah tengok foggy weather so far.
Bila aku keluar je dengan Nagwa, maaakkk aihhhh memang kabus tebal giler.
Aku rasa dah macam kat Genting la pulak.
Terus aku snap beberapa keping pixies.
Teruk pulak kabus nya hari ni tapi suhu takde lah sejuk sampai gigil.



Nagwa tengah lenggang itik



kalau hari biasa background adalah main building MKCC
now invisible terus perghhhhh


ni ok lagi kalau atas jalan aku ingat visibility cuma dalam 10 meter gitu
nasib baik weekend kereta tak banyak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nota kaki:
Lagu aku dah tukar. Time dengar lagu ni kat Phuket terus je hubby kata "I tuju lagu ni untuk you" awwww hubby pon pandai nak romantika ...........

KENAPA TODAY TAK HUJAN 12/25/2008 05:55:00 PM

Assalamualaikum.
I know the entri tittle is a bit weird today.
As though i am currently in Malaysia hopping to rain.
It is tricky isn't it ? May be you guys want to know how much it rains...
And therefore you've decided to read it.
Gotcha !!!!!!! hahahaha... jangan marah haaaaaa....
Anyways i had a great late lunch here in Jacy's flat.
Lots of chickens, saladas, and chickens and saladas....
My stomach was nearly burst as i keep on stuffing it.
By the time i couldn't breath then i realize i had toooooooOOOOOooooo much..
Wioooshhhhhh................
Tonite again nite duty...
As for tomorrow i'll be off for 2 days....
Hmmmmm nak makan apa ekkkk hihihi

HUJAN YANG MENDAMAIKAN 12/24/2008 04:00:00 PM

Assalamualaikum.
Aku ni bukan lah termasuk dalam golongan yang terjal, akan tetapi bila Gaban telah memberi isyarat lampu kuning aku akan menjadi spesies yang tak berapa nak berakal. Aku masih ingat masa kat kolej dulu. Aku ngan kak Yee telah memanjat pokok jambu air di belakang blok EE (bukan erra emran memang blok tu nama macam tu) then dengan gembiranya telah menghabiskan kesemua jambu2 air itu dengan acara makan colek (loghat pahang) berjemaah.

Arghh tu tak thrill ada lagi yang lebih thrill.

Ada satu malam tu aku rasa bosan tahap tenuk pink (babi). Aku pon call la group tak berakal aku ni. We all pon plan satu acara panjat memanjat. Perasan tak pintu gerbang yang memisahkan lembah pantai ngan PJ ? yang kat highway LDP tu ? aaa yeee dekat2 kerinci tu. Hostel aku kan kat tepi highway tu je. Malam tu aku, Sarah and adik (Fiza Mustafa Kamal) ingat nak panjat pintu gerbang tu, tak tau lah apa masalah kami ni. Jadi setelah meredah onak dan duri (eii betul laaa kan semak samun) dah berbintat2 kena gigit nyamuk we all sampai je kat bahagian tangga tu, alamakkkkk frust giler coz pintu untuk masuk ke tangga tu pad lock dia besar kepala aduiiiiiiiii. Terbantut rancangan............................... patah balik terus tidor.

Kegemaran kami bertiga ni yang paling budak2 kolej meluat ialah main air. Bayang kan kat tempat cuci kain we all main simbah2 air hahahaha sampai kena sound AN yang andaver (anak dara veteran) yang dok kat blok B hehe. Kalau lepas hujan tu siap lah padang, dari tak becak habis dah macam kubang kerbau we all kerjakan astaghfirullahhalazimmmmmmmm. Ada satu malam tu hujan turun selebat lebatnya. Aku call Sarah and Adik we all berjumpa dibumbung. Sakan mandi hujan padahal bukan nyer tak tau hujan kat KL ni bukan bersih, hujan asid lagi eeewwwwww tapi dek kerana tak berapa nak berakal kan ? hahaha. Nak dijadikan cerita sorang senoir nampak bayang2 we all terkinja kinja kat bumbung. Depa naik bumbung terjerit2 bawak mop, penyapu, penyodok sampah dan berbagai2 lagi alatan yang boleh digunakan untuk menyerang alahaiiiiii kecut gak perut aku. Mana tak nya dah la gelap mana depa2 ni nampak kan ? kot terus je diorang ni bantai kami tak naya patah riuk. Tapi mujurlah depa ni kenal suara we all jadi atas nasihat kakak2 ni we all turun balik ke bilik takut kena panah petir katanya.

Ishh memacam lah kenangan aku masa kolej dulu.

Aku ingat lagi masa tu KRU tengah naik eishhh malu pulakzz nak story hahahahaha......................

cherioooooooooooo

GIRL'S NITE 12/23/2008 03:19:00 PM

Assalamualaikum.
Last post was quite emotional.
So i decided not to publish it.
I am much aware that,
I can not shut one's mouth.
Yet,
I am not ought to write what peoples want to read.
I am ought to write my say.
So what say you?

Tonight is a girl's nite which we will have dinner/s
(coz buruk lantak)
and movie/s and wrap the evening with supper.

Venue : Flat 26

Tuan tanah : Nagwa

Menu : Rice, masak lemak ayam, salads, bruchetta, brownies, fruits and soda

Team members : Nagwa, Zaneta, Jacy, Loo and myself




So right after dinner, we jump to the sofa and begin with one nice movie :


starring : Bruce Willies, Brittany Murphy, Elijah Wood, Josh Harnett, Jesica Alba
and many more. Of course i am not gonna paste the synopsis here boring gilak panjang nye.
.
.
.
Movie number 2

The cast i don't quite remember. Frankly i've watched it at least twice
and i am still thrilled for the 3rd times.


The menus.
Which we were 'wullup'ing till licin gilak
Can u see cheeze Bruchetta and the Chicken Salada? home made by Nagwa.



Ayam Masak Lemak of course by me, far left is a Shrimp Salada by Nagwa
special for Zaneta coz she is a sea-food-vege-tarian meaning she doesn't take meat,

but she do eat seafood.






And it is now 0400 and i am full and sleepy....
Nite niteeeee ZZZZzzzzZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...........

SEMALAM MAWI NIKAH KAN KAN KANNNN 12/21/2008 03:40:00 PM


Assalamualaikum.
Kalau dah tau sejuk tegedik gedik....
Pasang la heater bongokkkkkkk....
p/s aku saja nak tayang heater hahahahahaha
kenapa aku begitu sarcastic
saja jeeee....

SAJA NAK BUAT SURVEY 12/19/2008 07:13:00 PM

KENAPA ANDA JOIN MYSPACE, FACEBOOK ATAU FRIENDSTER ?



Assalamualaikum.

Web2 yang tersebut diatas tu aku sendiri pon tak tau dah baper lama wujud.

Yang pastinya pengikut2 web tu ternyata melebihi pengikut2 Ayah pin

(aku pon salah sorang la cehhhhh)

Tapi kan apa sebenarnya tujuan kita join web tu ?

Kalau tanya aku.....

senang jeeee

aku nak GELEMER.

yee memang saya gila glemer dan sekurang2 nya saya mengaku

saya gila glemer dari lubuk hati yang ikhlas....

Aku rasa kan kan kan yang lain2 tu pon sama jeeee cuma

malu nak mengaku

ele le le leeee

ngaku je la weiiiiiii

marilah kita sama2 mengaku

BTW

Aku kecewa dengan kabar2

(off topic japzzz)

LOS DAN FAUN cuma berjaya membuat kutipan suam2 kuku

(walaupon aku tak tengok lagi filem ni)

selalunya filem Afdlin memang best giler coz dia very subjektif

and memerlukan kita berpikir kan kan kan

ye lahhh bukan senang nak buat orang spend RM10 beli teket wayang

kan kan kan

baik pi makan roti canai ngan teh tarik mamak tak sampai RM10

aaa ni la mentaliti orang kita

(tapi aku pon akan bg statement macam ni gak haduiiiiiiii)

ok back tu the main topic....

kita akan menjadi glemer +++++++++ kalau orang view profile kita

pas2 nampak friends list kita mencapai 4 angka

(ngalah kan artis)

kontroversi bebbbbbb

ye laaa orang yang view tu akan tertanya2

SAPA DIA NI EKKKK RAMAI NYA FRIEND DIA..........

padahal hakikatnya ntah sapa2 kita add saja nak bagi ramai hahahahaha.....

sungguh tak murni hasrat tu

woiiii insaflahhhhh 2009 nak dekat dah

paling takut ntah2 masuk je 2009 kita pon masuk alam barzakh

eiii nauzubillah

kesimpulan nya.......................................

TOK SAH LAH BUAT PERKARA YANG TAK BERAPA NAK BERFAEDAH

(aku tuju pada diri aku sendiri la weiiiiiii)

2 JENIS KENANGAN 12/18/2008 08:26:00 AM


Assalamualaikum..... (jawab lah kalau ada keinsafan)
Yahooooooooo dot com.... aku dah jumpe CD driver gigibiru.....Dapat lah aku meng'upload' pixies2 yang dah lama kepam dalam henpon.Today citer aku berkisar GIFT



Dalam sari dua ni ada satu Iraqi patient buat CABG (kalo tak tau google la apa lagi)time tu aku off tak penah kenal pon makcik nih. Tapi seperti biasa mana2 pesakit yang ada hati perot atas susah payah dokter2 n misi2 membanting tulang bertungkus lumus menyelamat kan nyawa diorang ni..... depa akan tunjuk kan appreciation yang teramat ikhlas dari hepar (bahse medikal untuk hati) n sanubari mereka.
Maka makcik ni ada la bagi ole2 kat team CICU kami ni sila rujuk pixies kat bawah ni...

Walaupon aku tak berkenaan tapi memandang kan makcik ni memang dah sediakan ole2 untuk seantero CICU jadi aku pon dapat la jugak hihihi tengkiu makcikkkkk.....




Ini lah ole2 untuk para misi. Bekas kiut tu bekas kaca. Kat dalam nya ada cekelatbentuk hati..... sungguh simbolik.....

Jadi aku sebagai mangkuk nasik tambah telah memilih kaler pink untuk diri aku sendiri awwwww.....soooo romantikkkkk.






p/s time ni aku tengah lalak sakan
dalam keta adik aku
coz aku teramat rindu pada tok
Adik aku kata masa her last breath tu
she looks so peaceful........




Tok masa ni paling hepi diantara
orang2 yang hepi.
(walau pon korang tanak tau
tapi aku nak bagi tau gak
ni majlis pertunangan tuan punye
blog
)






She is my late granny.
Seorang perempuan, isteri (mesti korang bajet lepas ni aku taruk dot dot dot) dan ibu yang
berdedikasi.
Berasal dari keturunan jawa melayu yang berada.
Tapi lepas dia kawin ngan my late grandpa hidup dia jadi susah, asik pindah randah.
Bukan susah sikit2 tapi susah banyak.
But bcoz of the love he providing her, dia tak kisah hidop susah.
Anak ramai 12 orang, apa je pekerjaan yang dia tak penah buat.
Dari tanam padi
toreh getah
menjaja kat pasar tani
macam2 lagi
demi membesarkan anak2
I'm proud dia dapat merasa duit gaji aku masa dia idop
I'm proud parent aku dapat jugak jaga dia sebelom dia pegi
Tapi aku terkilan coz dia nak sangat tengok aku kawin
(aku cucu feveret tolonggggg ekkkk aku tak perasan sumpah betul)
Tapi hajat dia tak kesampaian
Dia pegi B4 my solemnization
Hari aku dapat berita granny tengah nazak tuaku kat umah cik Kalsom depan PC

Adik aku sms kata
'Long, tok dah nazak'
after 1/2 jam
'Long, tok dah tak ada'
terus aku call mak
nangis..............
mak kata
'Awak jangan sedih2, doa je dari sana'


AND SHE IS ONE OF MY GREATEST GIFT FROM ALLAH..................





MEMORIES ARE TOO SWEET TO BE BITTER TOO........

TODAY IS SELASA 12/17/2008 08:25:00 AM


Bajet kiutzzzz cehhhhhh ---------->
Assalamualaikum.

Pernah tak korang rasa macam ni :

Bila baca blog orang sooOOOOooooo inspired, depa2 (saya bukan orang Kedah) nih sooOOOoooo creative
Bila back to own blog feels like LOSER, FLUNKEE, DEADBEAT.......

Lately ada banyak blog aku singgah n aku amazed n admiring depa2 nih.
Adaaaa je cerita2 menarik diorang
Banyak ulasan yang tak masuk akal tapi lucu
Secara ilmiah tak membantu langsung
Tapi still nak baca in another way membantu vocab blog hahahahahaaa

Past few days i feel soOOoooo frustrated.
(pahal tetiba speakang nih? )

1- I want to upload few pixies but i couldn't

2- My phone USB cable 'KHARAB'

3- My gigibiru Dongle CD driver misplaced (lappy aku zaman jepon takde gigibiru)

4- I regret of snapping those pixies with my phone instead of my camera

5- I need to see my besties n weaving KEPUTAT with them

6- There are a lot of stuff in my fridge but i'm so lazy to cook - ended up KEBOLOR (hehehe)

Mende2 mcm ni pon boleh stress tau !!


Hmmm last entri aku citer pasal OLDTIME CRUSH. Jaman2 sekolah dulu.
What about CRUSH masa lepas sekolah ?
Bahya wooOOOoooo malas nak cerita
PRIVATE AND CONFIDENTIAL

Sesetengah nyer the very :

1-Fairy-tales

2- Absurd

3- Far-fetched

4- Capricious

5- Cook-and-bull story

Hahahahaha

BRB nak poie masak KEBOLOR tahap tenuk musim winter........................

TODAY IS MONDAY 12/15/2008 11:59:00 AM

Assalamualaikum. (tak jawab dosa besar)

Ari ni aku rasa macam terajin nak tulis panjang2 (tapi selalunya memula je semangek lepas 2 3 baris dah busan)

Entri kali ni aku nak cerita sikit pasal OLDTIME CRUSH aku jaman sekolah.

------------------------------------------------

Cerita ni bermula dari aku darjah 4 (wowww kecik2 dah pandai2 nak cintan2 ngeeee)

seingat aku la ada satu group senior tengah main bola kat padang time PJ (pendidikan jasmani daaa)

then kelas aku pon subjek tu jugak itu jam.

Aku tak bawak baju PJ atas sebab2 yg aku dah tak berapa nak ingat so aku lepak je tepi padang bersama2 dengan sekumpulan senior pompuan yg juga tak bawak baju ( i assumed)

Then tetiba je depa2 ni datang kat aku n bg tau :

"Rosemaria (mana depa tau nama aku pon aku tak berapa nak tau) si polan (aku tak ingat apa nama dia) kim salam dia suka kat awak"

Aku tekebil2 kompius. Apa makna si polan tu suka kat aku? Apa ke jadahnya? arghhh aku buat muka cam baru lepas sembelit n jawab balik:

"aaa koi tak tau lah !!!!!!" then aku terus blah

*koi = saya (bahasa Pahang)

Tamat cerita satu.

--------------------------------------------------

Cerita 2, masih berkisar darjah 4. Dalam kelas aku ni seingat aku ada 2 orang je nama bermula dengan R mayb more i couldn't remember who are:

ROSEMARIA BINTI AWANG MOHAMAD <------ aku la ni

ROSLINDA BINTI MOHD SAIDI <------ awek yg berambut panjang

Nak dijadikan cerita mamat seko ni bernama Al-Azilzul bin Yahya telah memukul canangkan

seantero kelas bahawasanya dia meminati mengagumi menyukai seorang awekz yang bernama

ROS... (tapi dia tak sebut nama, penuh mistik la kunun cehhh)

Apalagi budak2 pon menggila la gosip (budak2 pom pandai gosip)

seperti biasa aku buat muka lepas sembelit aku couldn't care more lantak korang la aku tak nak ambik tau.

Dan akhirnya ntah dari sumber mana tah (pusat sumber sekolah ada buku2 ilmiah n buku cerita je takde majalah gosip) depa kata akulah orang yang dimaksudkan. wakakakakakakakaaaa...

Time tu kan aku just buat muka toye coz aku blom reti nak berperasaan nih hahahahaha....

----------------------------------------------------

Cerita 3 seingat aku form 2. Time tu aku jadi librarian (awwww skema nyerrrrr)

Pada satu hari yang cerah (boleh buat tajuk lagu) aku bertugas di library sekolah.

Time aku tak berapa nak ingat tapi masa tu tak berapa banyak students coz recess dah abih, baru je bunyik siren.

Tapi kat meja depan kwanter aku ni still ada seko mamat senior yang tak berapa nak pedulikan alam sekitar masih tekun membaca.

Aku ingat buku ilmiah mana la dia dok baca, ingat nak ter'admire' la coz rajin nau menimba ilmu.

Rupa rupa nya (setelah akal aku menimbang tara) mamat ni sah kompom ponteng kelas!!!!!

Then tiba2 aku nampak dia keluarkan something dari kocek uniform dia. Hishhhh gula2!!!

Mana boleh makan dalam library!!!!

So aku sebagai seorang librarian yang berdedikasi pegi menegor mamat nih.

" Helooo dalam pustakaan (sumpah !!! ni la sebutan BAKU aku) tak boleh makan yeeee"

mamat tu jawab:

"Saya mengantuk laaaaaa saja nak fresh kan mata"

Dalam ati aku, ngantuk balik umah la! nak fresh kan mata pi la cuci muka!!!

Aku buat2 tak dengar je.

Then tetiba dia datang kat kwanter aku.....

tetiba jantung aku laju semacam DUP DAP DUP DAP...... (coz mamat ni boleh tahan kiut awwww)

"sapa nama?"

"orang"

"orang binti apa?"

"orang"

"sombong!!!"

aku buat2 tak dengar ayat mamat tu yang terakhir hahahahaaa pasal aku dah blushing maluzzzzzzz......

sejak daripada ari tu aku secretly crushed on him...

BTW nama dia ASMADI BIN IBRAHIM

Hujung tahun tu aku tegezut (sebenar nya hepi sangat2) coz dalam school year book ada pixie dia sebeso2 alam yahuuuuuuuu..... (tiap2 ari aku baca school year book tu) (ekceli this particular page je yang ada pixie dia..... blushing...... )

next year nyer till now aku tak jumpa dia dah coz dia dah abis sekolah menengah n

AKU TAK TAHU ENGKAU DIMANAAAAAAA........ (lagu jikustik )

------------------------------------------------

Cerita 4, emmmmm... form 3 ada seko senior form 5.... nama dia NORMANIZAM.

Aku nyampezzzz kat mamat ni coz rambut dia style vanilla ice cehhhhhh bajet hensem la tu.

Yang buat aku restless nyer kelas dia kat bangunan bertentangan bangunan kelas aku in another word OPPOSITE je.

so aku boleh nampak dengan jelas muka dia coz aku dok tepi tingkap (vavixxx tul)

aniway aku tak berapa nak kisah mamat nih.

Ntah lah zaman remaja aku nih bukan nya aku kisah sangat pasal cintun2, tak reti pon nak feling2.

and so its ended just like that. Bo layan.

-------------------------------------------------

Cerita 5, masa form 4. Ada seko budak cina (gilooosss) mengaku suka kat aku.

Apa lah masalah mamat nih. Aku rasa dia rabun la, coz aku time remaja dulu COMOT BANGET.

Siyes aku cakap.

Nama dia FUNG SOON FOH anak tokeh balak.

Aku reject mamat ni coz dia schizophrenic sikit. hahahhahahaha

Dalam pada tu ingat tak si Al-Azilzul? gampangssss since darjah 4 sampai la form 4 ni cerita dia had a crushed on me besinambungan, semua orang tau. Mamat ni memang tak tau malu.....

Yang lagi buat aku panas ponggong lepas SRP (tue nyerrr) dia join kelas aku mangkuk...

So ari2 dia dok tenung aku dalam kelas (i'm not perasan ok !!! ini kisah benar)

Lepas 2 bulan kesengsaraan aku, dia pi sekolah teknik. Alhamdulillahhhhhhhh.....

Aku tak tau apasal aku nyampah sangat ngan Zul nih, padahal dia ni falls in kiut category gakzzz.

----------------------------------------------------

Fine!!! cerita 6, masa form 5, sekitar SPM.

Masa nak ambik SPM tu aku masuk asrama. Sepanjang berlangsung nya SPM tuh, Lan suh aku pegangkan IC dia. (which aku rasa sooooOOOoooo romantik )

Aku rasa kan... dia macam tawu je aku suka kat dia awwwwww.

Aku rasa bermula nya detik2 aku tangkap lentok dengan ROSLAN BIN HUSSIEN ni masa pertandingan perbahasan rasanya. Lan, Kak Long Roziah n aku.

(FYI masa form 2 aku pernah bertumbuk ngan Roslan nih)

Jadi bila kena buat assignment sama2 untuk pertandingan perbahasan tu aku kind of buat muka sembelit aku je la, segan malu sebenarnya flash back time tumbuk menumbuk tu.

Since Lan buat poyo2 je aku pon cool down je la.

Then from that insiden onwards aku jadi rapat n tersukezzzz la plaksss hahahahahaa...

Korang ingat tak ada satu loket ni bentuk heart, then kita boleh bukak dia n boleh letak pixie di bahagisn dalam.

What the FU**, LOL's aku ada loket tuh n aku telah menyimpan pixie Lan dalam tuh.

(Mak aihhhhh felingzzzz jugak aku ni yekkk sentiMENTAL hahahahahaaa....)

Tapi aku tak la penah mencurahkan sepenuh feelingzzzz kus terhadap Lan maluuuuu daaaa...

Up till now Lan tak tawu hikssss.

Then lepas abih SPM we all tak de berhubung dah.

Ada sekali aku jumpa dia masa ambik result SPM, pas 2 ada 2 3 kali jumpa kat bus-stand Lanchang then terus putus hubungan.........

So alkisahnya pasal jaman2 sekolah dolu2.

Caya atau tak dah almost 14 tahun aku tinggal kan memori tu.........

But still satu memori yang indah..........................

AND THIS IS A TAG ENTRY...... MARI KITA LIHAT SAPA YANG KENAAAAAAA......

AKHIRNYA.... 12/14/2008 04:31:00 PM

Nak cari layout baru bukan senang, especially kita ni tergolong dalam golongan CREATIVELESS.
Dalam dok cari2 tu akhirnya aku terjumpalah layout yang aku kira lawa ni.
Tats Y dalam 2 3 menjak ni layout aku bertukar2 hampir setiap hari....
Bukan apa...... nak cari layout baru sempena tahun baru sok hik hik hikkkk............
Peristiwa landslide baru2 ni buat aku berpikir jap...
Hubby n aku last holidey exited sangat nengok rumah2 kat bahagian bukit ni.
now buat aku tepikir lak 5 6 7 8 9 kali
ishhh ngeri nyerrrrr
sooooooooo kesimpulan nyer tak jadi nak beli umah kat bukit mukit ni
bahye wooooooo
Kao ikut kan view die memang la lawa kan, tapi tang risiko tu...
Forget it...

I'VE BEEN TAGGED N I LIKE IT........ 12/13/2008 04:51:00 PM

Assalamualaikum.

Cik An TAGGED ME! dah lama takde QnA chained-survey camni hahhahaha

RULE #1 - People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 questions that they dislike with a new question formulated by themselves.....

RULE #2 - Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
~ makesure dlu kesahihannya.. tp buat ape nak pikir, i do have faith in God, him n myself.
@takde lah tekejut badak. of couse confisticate him hahahahaha kalu betul babaiiiiiiiiiiiii..

2. Do you like tags?
~ depend on the question, kdg2 ske.. kdg2 nyampess gak!hee.
@i love itttttttttt.....

3. If you can have a dream to come true, what would it be?
~ hidup dlm kebahagiaan n also keberkatan until d last breath.
@Hmmmm saya setuju ngan Cik An. i will ask no more if i have all my beloved around me.

4. who do you really love?
~ my self lor!keke.. hmm. my both families, and of course d love of my life~
@Ceh !!!! wut a cliche Q. malas nak jawab huh !!!

5. What would you do with a billion dollars?
~ i'll go around d world!! pastu?? err nati ble kaya btol2 baru pikir. jgn nak daydream lebey2. ;p
@Kalau dapat la kan kan kan errrr... banyak la list nyer tak cukup space....

6. Will you fall in love with your bestfriend?
~ lucky im in love with my besfren.. lucky to have been where i have been.. (tp dia kate sy bkn bestie dia. ceh. xpe, xpe.. sbb sy kesayangan dia. ^_^)
@No f***ing way.....

7. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
~ no question here. it is reciprocal. neither one is complete.. u need to have both.
@Hahahahah Cik An sekali lg saya bersetuju dengan anda

8. Are you gorgeous?
~ dat word doesnt reflect much. SMART is the neu sexy.
@hiks....

9. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
~ b. g. w. (sape xfaham, too bad)
@(saya mmg tak paham hnssss..) back off laaaa mmg penah rasa.....

10. What do you pray each day for your loved one?
~ semoga Allah tabahkan hatinya, berinya kejayaan dlm segala kerjanya, dan jika dia sesungguhnya temanku..tetapkanlah hatinya.
@ihiksss RAHSIA.....

11. What is his/her behavior that you dislike?
~ dia sayang betty banyak sangat... betty pon ske ngade2 manja ngan dia. geramnyee..
(me jelesh la sket2. eh, lebey sket. dia ckp..me dgn anak beruk pon nak jelesh?? yela beruk tu female okeh.)
@Awso RAHSIA..... (tak baik reveal kan kan kannnnn)

12. How would you see yourself in ten years time?
~ keje ngaja anak org, share fun moment ngan hubby n kids, and... slim n solid..still. pleaseeeee3x...
@Berbahagia

13. Why do you think you are so tensed up..no matter at the office..or at home or in your toilet??
~ ble pikir im reaching 24, im not yet attach to any job, xde own asset lg..kete xde, umah xde.. aduh, mmg tense.
@Caittttttt... Cik An woihhhh saya ni nak masuk 32 dah apa pon tarakkkk, hubby je ada ahaksss

14. What kind of person do you think the person who tagged you is?
~ ceria! ske makan,,mcm me! and so kewl..xmudah melatah. :)
@Hepi go lucky, manja, genius (perasaaaannnnnn)

15. Would you rather be single and rich or married but poor?
~ married.. tp, biar miskin harta,, jgn miskin cinta & kaseh sayang. harta bule dicari..as long as u got ILMU (hah sudah..nak stat lecture dahh..) Kalu x.. baek single n rich! wohOo..
@ermmmm.... both pon menarik gakkk...

16. Who would you like to see the moment you wake up?
~ biarlah rahsia--
@(eleeeee le lee Cik An.. saya tawu jawapan anda hik hikkk) another cliche Q for me

17. What’s the character must have in your partner?
~ he should b everything that i am not. luckily i met d one. d ability to make me feels he is still paling2 comel, paling2 shayang though when i get mad at him. haa bukan senang tuhh..
kalu x, kalu dia sama ngan saye?..before dia busan, sy yg busan! haihh..
@sayang saya sayang saya sayang saya sayang saya sayang saya sayang saya sayang saya

saya tak berapa gemar soklan no 17 ni jadi saya nak mereka reka soklan no 17 saya sendiri yang berbunyik:

17.What is/are the most important element/s that every couple should have?

jawapan saya hahahhah:

@MUTUAL UNDERSTANDING

@ ALWAYS COMMUNICATE EFFECTIVELY
@ACCEPT EACH OTHER JUST THE WAY THEY ARE
@dan banyak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

18. If you fall in love with FOUR people simultaneously, who would you pick?
~ mane de cam gitu, tu bkn love tu camtu, dat is lust. desire of wanting everything. ok la back to question, kalu jadi camtu.. erm malas pkir gak la. irrational for farihan.
@tak penah tepikir daaaaaa

19. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
~ forgive is my thing.. but to forget, it depend. sometimes u just cant forget, and sometimes u just need d time.
@NO NO NO NO NO NO.... only kat mulut tapi dalam hati simpan n ingat sampai bila2

20. Do you prefer being single or having a relationship?
~ healthy relationship is preferable.
@yessss idop Cik An.............. i love to be in a relationship

21. Would you leave your family behind just to chase your dreams?
~ for dream, i am not.. coz wut actually i leave behind sometimes is much2 more precious than d dreams. and i dun want to need to sacrifice something i already happily own.
@TAK MO

MAKAN MAKAN MAKAN 12/12/2008 01:13:00 PM






Assalamualaikum. Ni lah ektiviti sepanjang zaman we all. Tak lain tak bukan makan makan makan.
Tapi alhamdulillah walaupon ektiviti ni menggemokkan memalaskan aku tetap maintain tak kembang kembang.... hishhhh simpang malaikat 44 tak mo woooo....


Eniway majlis santapan kali ni diadakan dirumah Nagwa bertemakan makanan Mesir.
Dah kenyang kenyang cekik tu we all bantai ber'BELLY DANCING'ing......
Mak aihhh nak terburai tali perut dah la kekenyangan bak ular sawa dibantai bejoget sakan lak gasak lah labu.....


Plan seterusnya adalah diantara aku, Nagwa n Jacy nak me'MOWIE NIGHT' ing kat flat aku lak....
Then nak meronda2 Bahrain pada waktu malam... jalan2 cari pasal kuang kuang kuanggggg eh
takde lah nak cari pasal cuma nak lengkap kan koleksi pixies we all je
ye lahhhh sementara ada kat Bahrain ni kan kan kan....

EID AL-ADHA MUBARAK...... 12/08/2008 08:03:00 AM

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Korban. Subuh 4.50 pagi,
azan kumandang je aku pon bangun get ready, solat fajar then bersama2 Nagwa we
all meredah kebeningan subuh menuju ke Juffair dimana terletaknya Masjid Negara, The Al-Fateh Grand Mosque.
Sampai je jemaah pompuan masih lagi ciput, masih banyak ruang kosong. Selepas menunaikan solat sunat 2 rakaat sikit2 ruang kosong dah mula penuh.
Borak2 sambil menunggu solat Aidil Adha sempat lagi posing whihihi....
Solat start kol 6.30, himpit2
macam2 ragam, ada yang sambil solat sambil mengendong anak kecik,
ada yang sambil rukuk sambil menolak2 anak supaya jangan block tempat sujud pon ada
dah sah solat aku pon tak khusyuk
tapi best coz dapat pengalaman baru yang kelakar.
Now dah kat rumah nak sambung tido coz penat semalam blom ilang,
tengahari kang nak ke rumah Nagwa untuk acara makan makanan
hahahahahaaa.........
















wiiiaaaawwwwww.... 12/06/2008 09:30:00 PM








pYzam Page Pets

pYzam Page Pets
Page Pets & MySpace Layouts