IT'S MY BLOG.... IT'S MY STORY.... IT'S MY FEELING....

Orang nak mengata ke.... orang nak mengeji ke..... orang nak mengumpat ke.... ada aku kisah ? Yang dapat free seat to hell sapa ? mereka2 la kan ? Still i am thankful and blessed to have never-give up-families and true friends surrounding me.... and my FAITH to keep me alive and ongoing....



Lilypie Angel and Memorial tickers
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
HUJAN YANG MENDAMAIKAN 12/24/2008 04:00:00 PM

Assalamualaikum.
Aku ni bukan lah termasuk dalam golongan yang terjal, akan tetapi bila Gaban telah memberi isyarat lampu kuning aku akan menjadi spesies yang tak berapa nak berakal. Aku masih ingat masa kat kolej dulu. Aku ngan kak Yee telah memanjat pokok jambu air di belakang blok EE (bukan erra emran memang blok tu nama macam tu) then dengan gembiranya telah menghabiskan kesemua jambu2 air itu dengan acara makan colek (loghat pahang) berjemaah.

Arghh tu tak thrill ada lagi yang lebih thrill.

Ada satu malam tu aku rasa bosan tahap tenuk pink (babi). Aku pon call la group tak berakal aku ni. We all pon plan satu acara panjat memanjat. Perasan tak pintu gerbang yang memisahkan lembah pantai ngan PJ ? yang kat highway LDP tu ? aaa yeee dekat2 kerinci tu. Hostel aku kan kat tepi highway tu je. Malam tu aku, Sarah and adik (Fiza Mustafa Kamal) ingat nak panjat pintu gerbang tu, tak tau lah apa masalah kami ni. Jadi setelah meredah onak dan duri (eii betul laaa kan semak samun) dah berbintat2 kena gigit nyamuk we all sampai je kat bahagian tangga tu, alamakkkkk frust giler coz pintu untuk masuk ke tangga tu pad lock dia besar kepala aduiiiiiiiii. Terbantut rancangan............................... patah balik terus tidor.

Kegemaran kami bertiga ni yang paling budak2 kolej meluat ialah main air. Bayang kan kat tempat cuci kain we all main simbah2 air hahahaha sampai kena sound AN yang andaver (anak dara veteran) yang dok kat blok B hehe. Kalau lepas hujan tu siap lah padang, dari tak becak habis dah macam kubang kerbau we all kerjakan astaghfirullahhalazimmmmmmmm. Ada satu malam tu hujan turun selebat lebatnya. Aku call Sarah and Adik we all berjumpa dibumbung. Sakan mandi hujan padahal bukan nyer tak tau hujan kat KL ni bukan bersih, hujan asid lagi eeewwwwww tapi dek kerana tak berapa nak berakal kan ? hahaha. Nak dijadikan cerita sorang senoir nampak bayang2 we all terkinja kinja kat bumbung. Depa naik bumbung terjerit2 bawak mop, penyapu, penyodok sampah dan berbagai2 lagi alatan yang boleh digunakan untuk menyerang alahaiiiiii kecut gak perut aku. Mana tak nya dah la gelap mana depa2 ni nampak kan ? kot terus je diorang ni bantai kami tak naya patah riuk. Tapi mujurlah depa ni kenal suara we all jadi atas nasihat kakak2 ni we all turun balik ke bilik takut kena panah petir katanya.

Ishh memacam lah kenangan aku masa kolej dulu.

Aku ingat lagi masa tu KRU tengah naik eishhh malu pulakzz nak story hahahahaha......................

cherioooooooooooo

0 ekspresi anda..:

Post a Comment